Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA SIAPA TERLINDUNG DARIPADA UNDANG-UNDANG – PM

DALAM NEGARA

TIADA SIAPA TERLINDUNG DARIPADA UNDANG-UNDANG – PM

KAJANG: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah mengumumkan SOP untuk PRN Melaka oleh itu sesiapa yang tidak mematuhinya akan dikenakan tindakan.

“Tidak ada sesiapa yang kebal dari segi undang-undang. Walaupun kita sekarang di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), SOP yang jelas sudah diumumkan kerajaan.

“Jadi sesiapa sahaja tidak terlindung atau kebal daripada undang-undang. Jika mereka melakukan kesalahan, tindakan pasti diambil,” katanya kepada media selepas melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) hari ini.

Baru-baru ini dua parti politik dikompaun RM10,000 selepas masing-masing dikesan melanggar SOP Fasa 4 PPN.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini menguatkuasakan larangan aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya, termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading