Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 4 TAHUN CEDERA PARAH DITIKAM WARGA EMAS

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 4 TAHUN CEDERA PARAH DITIKAM WARGA EMAS

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga emas disyaki menikam seorang kanak-kanak lelaki dengan menggunakan pisau di kawasan taman permainan rumah pangsa di Jalan Loke Yew di sini semalam.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan hari ini berkata suspek berumur 80-an menikam mangsa berumur empat tahun yang juga jirannya itu di perut dan paha sehingga cedera parah.

“Siasatan awal mendapati, nenek dan kakak mangsa berusia sembilan tahun berada di taman permainan itu ketika kejadian,”katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian terbabit pada 5.39 petang, dan bergegas ke lokasi sebelum mendapati mangsa telah dibawa oleh keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan lanjut.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lelaki terlibat dikesan menyembunyikan diri di sebuah unit rumah pangsa dan telah berjaya ditahan.

“Suspek didapati mempunyai rekod rawatan psikiatri dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya,” katanya.

Noor Dellhan berkata kes berkenaan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading