Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENOREH GETAH MENGAKU TAMPAR, TENDANG IBU KANDUNG

DALAM NEGARA

PENOREH GETAH MENGAKU TAMPAR, TENDANG IBU KANDUNG

Terdahulu, hasil siasatan awal polis mendapati tertuduh bertindak menampar pipi kiri sehingga patah gigi serta menendang ibunya.

ALOR SETAR: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas tuduhan dengan sengaja memukul ibu kandungnya, pada 6 Oktober lalu.

Tertuduh Md Akhir Aziz, 47, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya Rahmah Din, 68, di sebuah rumah di Kampung Perik Mukim Kurung Hitam, Padang Terap pada jam 6.30 petang 6 Oktober lalu.

Terdahulu, hasil siasatan awal polis mendapati tertuduh bertindak menampar pipi kiri sehingga patah gigi serta menendang ibunya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya Siti Nurul Suhaila Bahari menawarkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh.

Sebutan semula kes 14 November depan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading