Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENSYARAH USIM MENINGGAL DUNIA SEMASA SAMPAIKAN KULIAH SUBUH

DALAM NEGARA

PENSYARAH USIM MENINGGAL DUNIA SEMASA SAMPAIKAN KULIAH SUBUH

Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.55 pagi tadi semasa menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.

KUALA LUMPUR: Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Soberi Awang meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.55 pagi tadi semasa menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al-Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.

Allahyarham, difahamkan mengadu sakit dada dalam kuliahnya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri selang beberapa minit. Jemaah yang hadir mula menerpa Allahyarham bagi memberi bantuan.

Sementara itu, badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan, Aman Palestin turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang juga Perunding Aman Palestin.

“Salam takziah diucapkan buat ahli keluarga Allahyarham dan kenalan atas kehilangan seorang insan yang banyak memberikan bakti dan jasa buat pembangunan masyarakat Malaysia khususnya dalam menyampaikan ilmu-ilmu mengenai Palestin, Syria dan Yaman.

“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Allahyarham juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas Maghrib di Surau Ittihadiyah sebelum dibawa ke Kemaman, Terengganu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading