Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pentadbiran Institusi Islam Selari Maqasid Syariah

DALAM NEGARA

Pentadbiran Institusi Islam Selari Maqasid Syariah

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam sesi Townhall Bersama Para Penyelidik Dan Pengamal Media di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

KUALA LUMPUR – Pentadbiran institusi Islam tidak terkecuali berdepan masalah integriti mahupun isu lain sebagaimana dilalui sistem pentadbiran awam.

Justeru, usaha pembaikan terus diperkasa agar ia selari dengan prinsip Rahmatan Lilalamin, Maqasid Syariah dan model Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa menetapkan beberapa elemen pembaikan termasuk menolak rasuah.

Tegas beliau, salah satu pembaikan ialah memastikan pentadbiran islam ini sama seperti dalam dasar kerajaan yang lain iaitu menolak unsur yang membawa kepada rasuah.

Kedua, hormati pentadbiran awam yang bekerjasama dengan kita sebagai menteri atau orang politik supaya tidak timbul ‘interference‘ dalam pentadbiran mereka.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Townhall Bersama Para Penyelidik Dan Pengamal Media di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), kelmarin.

Sesi townhall ini membuka ruang  dialog bagi membincangkan isu semasa agar selari dengan tiga konsep yang dibawa dan disifatkan inklusif,  progresif dan boleh diterima seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading