Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT REMPUH LORI TUKAR LALUAN

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT REMPUH LORI TUKAR LALUAN

Seorang lelaki maut sementara seorang wanita cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori yang mengubah laluan secara tiba-tiba, di Jalan Ipoh-Lumut, pada Sabtu lepas.

IPOH: Seorang lelaki maut sementara seorang wanita patah kaki kiri selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori yang mengubah laluan secara tiba-tiba, di Jalan Ipoh-Lumut, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian sekitar jam 3 petang itu berlaku apabila motosikal Honda ditunggang mangsa, Ahmad Taufik Abu Bakar, 60, merempuh bahagian kiri sebuah lori yang sedang mengubah laluan.

Katanya, siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dalam perjalanan dari Batu Gajah menuju ke Ipoh cuba memasuki lorong kiri, namun motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi lori.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, seorang wanita berusia 61 tahun, patah kaki kiri dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Abang Zainal Abidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat yang dijalankan pada Ahad pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading