Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEPERIKSAAN SPM 2022 BERMULA ESOK, LIBATKAN 403,637 CALON

DALAM NEGARA

PEPERIKSAAN SPM 2022 BERMULA ESOK, LIBATKAN 403,637 CALON

Seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang bermula esok hingga 15 Mac, melibatkan 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara. 

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang bermula esok hingga 15 Mac, melibatkan 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara. 

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan. 

“Semua calon diingatkan agar sentiasa merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” menurut kenyataan itu. 

KPM turut mengingatkan para calon untuk mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2022.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading