Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI: MALAYSIA HANTAR BANTUAN KE DAMSYIK

DALAM NEGARA

GEMPA BUMI: MALAYSIA HANTAR BANTUAN KE DAMSYIK

Bantuan hasil sumbangan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam itu dihantar semalam menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

KUALA LUMPUR: Simpati dengan mangsa gempa bumi di Syria, Malaysia telah menghantar 42 tan barangan bantuan ke Damsyik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan hasil sumbangan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam itu dihantar semalam menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Saya amat terkesan dengan keprihatinan Rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

“Saya mendoakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia ini dipermudahkan, Insyaallah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Setakat ini, lebih 46,000 nyawa terkorban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria yang melanda dua negara itu, 6 Februari lepas.

Angka korban di Turkiye mencecah 40,642 manakala lebih 5,800 dilapor maut di Syria sejak 12 hari lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading