Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERARAKAN PEMUDA PARTI POLITIK BAWA SENJATA DISIASAT

DALAM NEGARA

PERARAKAN PEMUDA PARTI POLITIK BAWA SENJATA DISIASAT

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata video perarakan tersebut telah tular di media sosial, yang memaparkan kumpulan pemuda itu membawa replika senjata sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat.

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan menyiasat program perarakan sekumpulan pemuda sebuah parti politik yang didakwa membawa senjata di Setiu, Jumaat lepas.

ARTIKEL BERKAITAN – ELAK PERARAKAN MENGUNDANG SALAH FAHAM, KEGELISAHAN MASYARAKAT – MENTERI AGAMA

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata video perarakan tersebut telah tular di media sosial, yang memaparkan kumpulan pemuda itu membawa replika senjata sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam program perarakan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Feb lepas di sebuah kawasan resort di Setiu. Perarakan itu merupakan salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata program itu disertai setiap daerah di negeri ini dengan hanya satu kumpulan mengenakan pakaian sambil membawa replika senjata.

Menurut Rohaimi, pihaknya mengetahui mengenai program tersebut, namun tidak dimaklumkan mengenai perarakan membawa replika senjata tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading