Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELAK PERARAKAN MENGUNDANG SALAH FAHAM, KEGELISAHAN MASYARAKAT – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

ELAK PERARAKAN MENGUNDANG SALAH FAHAM, KEGELISAHAN MASYARAKAT – MENTERI AGAMA

Perarakan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan perarakan yang boleh menimbulkan salah faham dan ketidakharmonian masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN – PERARAKAN PEMUDA PARTI POLITIK BAWA SENJATA DISIASAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar memberi respon tersebut berkenaan penganjuran program perhimpunan pemuda yang berarak menggunakan simbol keagamaan Islam.

Katanya, perarakan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.

“Pada hemat saya tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya hari ini.

Mohd Naim berkata, pihaknya berpandangan perkara tersebut perlu diserahkan kepada pihak berkuasa bagi siasatan serta sebarang tindakan sekiranya penganjur menyalahi peraturan keselamatan negara.

“Semua pihak bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Sebarang tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlu dielak,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukan perarakan sekumpulan individu memakai kostum bersama replika senjata yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading