Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERJUANGAN PALESTIN MEMASUKI FASA PALING SUKAR, RUMIT – MAHMOUD ABBAS

DUNIA

PERJUANGAN PALESTIN MEMASUKI FASA PALING SUKAR, RUMIT – MAHMOUD ABBAS

RAMALLAH: Perjuangan pembebasan Palestin kini berada pada fasa paling rumit dan berkemungkinan juga paling sukar, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Lapor Xinhua, beliau menyatakan perkara tersebut semasa berucap menerusi televisyen sempena memperingati 17 tahun kematian pemimpin Palestin Yasser Arafat.

“Upacara ini berlangsung ketika perjuangan kebangsaan kita menempuh fasa amat rumit, mungkin juga paling sukar dalam sejarah perjuangan kita. Adalah suatu yang tidak munasabah atau suatu yang boleh diterima kerana kuasa penjajah terus menjerut kita selama-lamanya.

“Dan tidak munasabah juga untuk kita terus komited terhadap perjanjian ketika Israel tidak pernah mematuhinya.

“Israel terus membina dan memperluaskan kawasan perumahan selain terus melancarkan penindasan sistematik bagi mengubah keadaan sejarah bandar raya Baitulmaqdis bagi menghapuskan identiti, karektor Arab dan Islam,” katanya sambil menggesa dunia supaya mengubah cara bertindak mereka terhadap Israel dengan mengambil langkah lebih ketara.

Pada November 2004, Arafat meninggal dunia pada usia 75 tahun ketika dirawat akibat penyakit misteri di sebuah hospital Perancis.

Penduduk Palestin mendakwa Israel telah meracun beliau namun zionis menafikan tuduhan tersebut.

Yasser Arafat memimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin sejak 1969 dan menjadi presiden pertama Pihak Berkuasa Palestin sejak pembentukannya pada 1994.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading