KEMAMAN: Kisah hidup warga emas Rosanani Salleh bersama empat orang anak kurang upaya (OKU) yang sebelum ini disiarkan Berita Alhijrah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata keempat-empat beradik yang lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf itu akan menerima bantuan am negeri sebanyak RM450 sebulan mulai Januari depan.
Sebelum ini tiga daripada mereka menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala seorang lagi menerima bantuan bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Hanafiah berharap jumlah itu dapat menampung kehidupan seharian keluarga tersebut memandangkan keempat-empat orang anak Rosanani itu memerlukan penjagaan yang rapi.
“Jadi setelah berbincang dengan JKM, saya syorkan untuk meluluskan sebanyak RM450 untuk setiap seorang bermula Januari depan,” katanya.
Dalam pada itu Hanafiah berkata, kerajaan negeri juga akan membekalkan lampin pakai buang di bawah peruntukan Tabung Darul Iman untuk kegunaan adik beradik tersebut.
Selain itu, Hanafiah menyeru para ibu bapa di negeri ini yang mempunyai anak OKU dan memerlukan bantuan supaya tidak berdiam diri dan melaporkan kepada pihak yang berkaitan.
Ia bagi membolehkan mereka menerima bantuan sewajarnya sama ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) turut menzahirkan keprihatinan dan berhasrat memberikan bantuan sara hidup secara ‘one-off’ antara RM1,000 hingga RM3,000 setahun kepada adik-beradik tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, M. Rozi Bidin berkata bagi ibu mereka pula, bantuan bulanan MAIDAM yang diterimanya sejak 2016 akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500 selepas ini.
Rosanani berkata beliau lega apabila ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan setelah kisah hidup keluarganya disiarkan Berita Alijrah.
“Alhamdulillah selepas masuk TV Alhijrah haritu, ramai yang berikan sumbangan dan bantuan dari individu dan organisasi,” katanya.
Isnin lalu, Berita Alhijrah melaporkan Rosanani, 62, yang bekerja sebagai penjual lemang terpaksa menguruskan anak Mohd Amerizam Razali, 42, Mohd Marsudi, 36, dan Mohd Aismuddin, 33, yang memerlukan penjagaan rapi.
Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan beliau telah berkahwin dan dijaga oleh suami serta tujuh orang anaknya yang berumur antara lima hingga 20 tahun. –AlHijrah Online
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.