PESAWAT TERHEMPAS: OPERASI PENCARIAN DI LOKASI 95 PERATUS SELESAI – KPN
Operasi pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina semalam, telah 95 peratus selesai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (tengah) ketika sidang media selepas meninjau lokasi kejadian nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina hari ini. Beliau berkata operasi pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian telah 95 peratus selesai. Razarudin berkata semua cebisan yang ditemukan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan sebanyak 22 waris telah diambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dipadankan. — fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Operasi pencarian saki-baki cebisan mayat dan pembersihan bangkai pesawat yang terhempas di lokasi kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam, telah 95 peratus selesai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika ini, anggota keselamatan sedang melakukan pembersihan terakhir dan mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa di tempat kejadian.
“Kita telah menjumpai 10 mayat dan dalam bahasa penyiasatan, yang dipanggil ‘human remains’ (atau cebisan mayat) kita sudah ambil 15 (iaitu) ada yang badan sedikit, tangan sedikit.
“Barang kepunyaan peribadi daripada human remains ini seperti jam, duit dan beg, lebih kurang dalam 21 yang ada (dijumpai),” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.
Razarudin berkata semua cebisan yang ditemukan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat dan sebanyak 22 waris telah diambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk dipadankan.
Dalam masa sama, Razarudin berkata pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikan operasi pembersihan serpihan bangkai pesawat melibatkan kawasan 11,000 meter persegi di jalan itu pada tengah hari ini, bagi memudahkan penduduk di Elmina menggunakannya.
“Untuk membersihkan jalan berkenaan, kita mempunyai kekuatan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Crime Scene Investigation (CSI) daripada PDRM serta lain-lain bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Gerakan Am,” katanya.
Ditanya berhubung kotak hitam pesawat itu, Razarudin mengesahkan bahawa satu rakaman suara kokpit telah dijumpai kira-kira 10 malam tadi dan ia akan dianalisis oleh BSKU.
Sementara itu, beliau berkata hasil daripada siasatan mendapati pemandu kereta e-hailing yang terlibat dengan nahas terbabit telah membatalkan tempahan pelanggannya pada 2 petang iaitu sebelum kejadian.
“Pemandu kereta sudah reject penumpang pada pukul 2 petang. (Jadi) kita syak dia seorang (di dalam kereta). Tapi bila buat ujian DNA baru kita tahu ada lebih (mangsa) atau tidak. Buat masa ini, kita anggap dia seorang sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai rakaman kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Sebanyak 10 mangsa disahkan maut dalam kejadian itu. Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang termasuk Johari dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan lalu di situ semasa kejadian.
Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang.
Sementara itu, di KLANG, suasana sayu mengiringi kira-kira 30 ahli keluarga dan waris mangsa nahas itu yang mula tiba di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR.
Ketibaan mereka kira-kira pukul 9.50 pagi disambut oleh para pegawai hospital yang bertugas sebelum dikumpulkan di khemah berhadapan jabatan itu bagi proses pengecaman dan tuntutan mayat mangsa.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati terdapat tiga khemah telah dipasang bertanda “Antemortem Data” dan DVI (Pengecaman Mangsa Bencana) bersebelahan bangunan Jabatan Forensik selain lingkungan kawasan turut ditutup dengan kain hitam dipercayai bagi menjaga privasi waris mangsa yang terlibat. Difahamkan, proses bedah siasat dan pengecaman mayat mangsa bermula 8 pagi tadi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests