Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PROGRAM BERKAITAN LGBTQ – HIKAM

DALAM NEGARA

PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PROGRAM BERKAITAN LGBTQ – HIKAM

KUALA LUMPUR: Penganjuran program-program yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) perlu diambil tindakan tegas dan sewajarnya.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) berkata ia demi menjaga kemaslahatan umat Islam dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“HIKAM menyatakan kekesalan dan bantahan keras terhadap penganjuran program yang bertemakan “Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness” oleh Rainbow Troupe sempena ‘Pride Month’ pada Jun 2025.

“HIKAM ingin menegaskan bahawa tindakan menyokong dan mempromosikan gaya hidup LGBTQ adalah bercanggah dengan ajaran agama Islam, syariat serta nilai-nilai murni dan fitrah insani yang dipegang teguh oleh majoriti rakyat Malaysia,” kata gerakan itu.

Jelas HIKAM penolakan terhadap isu tersebut berdasarkan prinsip Islam dan nilai masyarakat iaitu bertentangan dengan nas syarak yang jelas, mencabar kesucian institusi kekeluargaan, melanggar fitrah penciptaan manusia, menimbulkan kekeliruan moral dan sosial serta bercanggah dengan undang-undang sedia ada.

Oleh itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Rainbow Troupe digesa mengkaji semula pendirian dan tindakan mereka serta menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat Malaysia. 

Sebarang usaha untuk “menyediakan ruang selamat dan inklusif” tidak boleh melanggar batas-batas agama dan moral yang telah ditetapkan.

HIKAM akan terus memantau perkembangan isu ini dan bersedia untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mempertahankan kesucian agama Islam dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada sebarang ancaman. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading