Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELUM FIKIR ROMBAKAN KABINET, RAFIZI DAN NIK NAZMI MASIH BERCUTI – PM ANWAR

DALAM NEGARA

BELUM FIKIR ROMBAKAN KABINET, RAFIZI DAN NIK NAZMI MASIH BERCUTI – PM ANWAR

Beliau berkata secara prinsipnya kedua-dua menteri berkenaan sedang bercuti dan masih belum boleh digantikan.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memikirkan untuk melaksanakan rombakan Kabinet susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata secara prinsipnya kedua-dua menteri berkenaan sedang bercuti dan masih belum boleh digantikan.

“Belum, mereka masih bercuti. Kita tidak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini diikuti Ahli Parlimen Setiawangsa yang mengambil langkah sama berkuat kuasa 4 Julai.

Keputusan berkenaan susulan kegagalan mereka mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025-2028 minggu lepas.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam memaklumkan Anwar telah menerima surat permohonan cuti serta pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi dan Nik Nazmi.

Kenyataan itu memaklumkan Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka dan sebarang keputusan lanjut akan dimaklumkan kemudian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading