PILIHAN RAYA BUKAN TEMPAT TENTUKAN AKIDAH PENGUNDI – SAIFUDDIN NASUTION
“Pilihan raya bukan tempat untuk kita katakan bahawa ‘pilih kami maka hang orang Islam dan jika tidak pilih kami, hang bukan saudara kami lagi’. Itu tidak boleh, ini bukan urusan menentukan akidah pemilih tetapi adalah soal untuk menguruskan negara.”
NIBONG TEBAL: Pilihan raya bukan tempat menentukan akidah pengundi, sebaliknya harus menjadi medan untuk parti politik menerangkan rancangan dan agenda yang diatur untuk rakyat sekiranya memenangi kerusi.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
”Kempen pilihan raya bermaksud kedua-dua pihak yang berlawan bercerita (berkongsi) tentang dasar, rancangan, agenda mereka apabila mendapat kuasa memerintah dan bagaimana usaha untuk menolong rakyat.
“Pilihan raya bukan tempat untuk kita katakan bahawa ‘pilih kami maka hang orang Islam dan jika tidak pilih kami, hang bukan saudara kami lagi’. Itu tidak boleh, ini bukan urusan menentukan akidah pemilih tetapi adalah soal untuk menguruskan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perpaduan yang julung kali diadakan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Taman Widuri, Sungai Jawi di sini malam ini.
Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengarah Strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin.
Menteri Dalam Negeri itu turut berkata dalam PRK kali ini, masyarakat di Sungai Bakap bertuah kerana ditawarkan seorang calon yang mempunyai kelulusan ‘mengaji’ (akademik) yang cemerlang.
“Nak jadi pemimpin negeri, kena ada sifat pemimpin yang kuat dan amanah, jadi sebaiknya angkat beliau (Joohari) untuk jadi wakil rakyat di sini (Sungai Bakap).
“… insya-Allah banyak kelebihan kalau orang Sungai Bakap memilih calon Kerajaan Perpaduan kerana di peringkat kerajaan negeri, ramai exco boleh bantu pelbagai urusan, begitu juga di peringkat Persekutuan,” katanya.
Sementara itu, Mohamad meminta agar ‘rakan-rakan lama’ dari Barisan Nasional (BN) menyokong calon Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
“Saya dulu bersama BN. BN kerja kuat, kalau semua undi calon kita dalam Kerajaan Perpaduan, kita yakin boleh menang walaupun terdapat banyak isu perkauman dimainkan oleh pihak lawan,” katanya.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Joohari dengan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.