Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PINDAAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT PERLU PENAMBAHBAIKAN SEGERA

DALAM NEGARA

PINDAAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT PERLU PENAMBAHBAIKAN SEGERA

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) menyambut baik pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) 2010, namun menegaskan masih ada ruang penambahbaikan yang perlu dilaksana segera.

APPGM antaranya mencadangkan penubuhan segera institusi bebas seperti Ombudsman untuk menggantikan jawatankuasa interim, bagi mengelak campur tangan politik dan penguatkuasaan terpilih.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) menyambut baik pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) 2010, namun menegaskan masih ada ruang penambahbaikan yang perlu dilaksana segera.

APPGM antaranya mencadangkan penubuhan segera institusi bebas seperti Ombudsman untuk menggantikan jawatankuasa interim, bagi mengelak campur tangan politik dan penguatkuasaan terpilih.

“Tanpa institusi bebas seperti Ombudsman, WPA akan kekal lemah dan terus terdedah kepada penguatkuasaan terpilih serta campur tangan politik. Penubuhan Ombudsman mesti diteruskan tanpa sebarang penangguhan.

“Kami juga menggesa dalam tempoh interim, jawatankuasa interim mesti merangkumi wakil masyarakat sivil yang bebas, pakar undang-undang dan tadbir urus serta bukan sekadar individu dalam kalangan kerajaan. Proses pelantikan pula mestilah telus dan berdasarkan kriteria yang jelas,” kata kumpulan itu.

Gabungan itu turut menyokong cadangan pindaan kepada Seksyen 6 WPA, agar akta tersebut mengatasi peruntukan undang-undang lain yang bercanggah, termasuk Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan.

Menurut APPGM, tanpa kejelasan undang-undang tersebut, pemberi maklumat masih berisiko dikenakan tindakan perundangan, sekali gus menjejaskan tujuan asal WPA.

APPGM juga menyambut baik penambahan Seksyen 11(1A) yang memberi kuasa kepada agensi penguat kuasa untuk mengekalkan perlindungan berdasarkan kes.

Dalam pada itu APPGM menyeru proses reformasi ini kekal terbuka, inklusif dan berdasarkan amalan terbaik antarabangsa.

Mereka turut menzahirkan komitmen dwipartisan untuk menyokong usaha kerajaan membina sistem perlindungan pemberi maklumat yang kukuh dan berwibawa serta memuji ahli-ahli parlimen yang membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading