Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKNS AKAN SEGERA BAWA PULANG MANGSA NAHAS BAS DI TURKI

DALAM NEGARA

PKNS AKAN SEGERA BAWA PULANG MANGSA NAHAS BAS DI TURKI

SUMBER FOTO SINAR HARIAN

SHAH ALAM : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Turki dan Wisma Putra untuk segera membawa pulang semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas di Turki semalam.

PKNS menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Turki berhubung kejadian itu.

Menurut pihak kedutaan, kemalangan melibatkan sebuah bas dinaiki 35 rakyat Malaysia itu berlaku pada jam 11 pagi waktu Turki.

PKNS dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan, seorang kakitangannya maut dalam nahas itu.

“Mangsa terlibat yang juga anggota PKNS mengikuti aktiviti percutian dan dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia sebelum terbabit kemalangan di Afyonkarahisar.

“Seorang meninggal dunia, empat lagi cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Afyonkarahisar manakala selebihnya cedera ringan serta dalam keadaan stabil.

Terdahulu PKNS mengesahkan seorang kakitangannya maut dalam nahas bas di Turki semalam.

Menerusi satu kenyataan rasmi, PKNS memaklumkan Azalan Miswan disahkan meninggal dunia pada jam 11.45 pagi waktu Turki. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading