PKP 2.0: DUA ORANG SATU MEJA, MAKAN DALAM RESTORAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pelanggan untuk makan di dalam restoran atau kedai makan, terhad dua orang satu meja bermula 10 Februari.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ketat serta penjarakan satu meter bagi mereka yang makan di dalam premis.

Dalam pada itu, kerajaan turut bersetuju untuk membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan.

Menurutnya, SOP yang ketat juga akan dikenakan antaranya proses nyahkuman dan pembersihan perlu dilakukan di premis perniagaan 3 kali sehari dalam tempoh beroperasi.

Ismail Sabri turut memaklumkan pemilik kedai pakaian perlu menyediakan sarung tangan pakai buang kepada pelanggan bagi memilih pakaian.—AlHijrah Online

Leave a Reply