Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHANTAR MAKANAN MAUT DIREMPUH LORI

DALAM NEGARA

PENGHANTAR MAKANAN MAUT DIREMPUH LORI

SERDANG: Seorang penghantar makanan berusia 35 tahun maut akibat dirempuh sebuah lori yang dipandu laju di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at, siasatan awal mendapati lori tersebut dipandu dalam keadaan laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.

Dalam kejadian pada jam 1.40 tengah hari itu, suspek yang berusia 47 tahun, melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia sehingga menyebabkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

Tambahnya, lori tersebut turut melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ.

“Pemandu lori ditahan untuk menjalani ujian alkohol dan urin, dan semakan mendapati pemandu tersebut tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan,” kata Azman.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading