Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP 3.0: POLIS SIASAT MB KEDAH PANDU UJI KERETA

DALAM NEGARA

PKP 3.0: POLIS SIASAT MB KEDAH PANDU UJI KERETA

BUKIT MERTAJAM: Polis akan menyiasat dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad berkata, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya.

Semalam, tular di media sosial beberapa gambar dan video yang menunjukkan Muhammad Sanusi sedang memandu uji sebuah kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kereta walaupun kerajaan tidak membenarkan aktiviti untuk beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading