Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM AKAN ADAKAN PERTEMUAN SEKALI LAGI DENGAN SHEIKH AL-AZHAR

DALAM NEGARA

PM AKAN ADAKAN PERTEMUAN SEKALI LAGI DENGAN SHEIKH AL-AZHAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb dalam lawatan ke Malaysia sebelum ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata ini sebagai ikhtiar untuk membangunkan kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat Islam.

Anwar berkata rancangan itu dibincangkan pada perjumpaan beliau dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin Muhamed Abdul Salam di Putrajaya hari ini.

“Kami telah berbincang mengenai rancangan pertemuan seterusnya bersama Imam Besar Al-Azhar Fadhilatul Imam Al-Akbar Dr Ahmed Al-Tayyib dalam masa terdekat, dalam mengembangkan lagi perbincangan mengenai tema ucapannya di Kuala Lumpur sebelum ini bertajuk ‘Kesederhanaan Umat Islam, Pengajaran dari Masa Lalu dan Cabaran Masa Hadapan’,” kata Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar ke Malaysia dari 2 hingga 5 Julai lepas sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati serta dimuliakan oleh dunia Islam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading