PM ANWAR MAHU BADAN BERKANUN LEBIH TELUS, LAKUKAN ANJAKAN PARADIGMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu badan berkanun persekutuan melakukan anjakan paradigma dan bersifat lebih telus dengan melihat semula struktur dan visi penubuhan masing-masing serta mengelak daripada melakukan tindakan yang melanggar tatakelola.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada majlis peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu badan berkanun persekutuan melakukan anjakan paradigma dan bersifat lebih telus dengan melihat semula struktur dan visi penubuhan masing-masing serta mengelak daripada melakukan tindakan yang melanggar tatakelola.
Beliau berkata walaupun secara keseluruhannya prestasi badan berkanun persekutuan agak membanggakan, namun terdapat ruang yang boleh diperbaiki bagi memastikan penubuhannnya tidak menyimpang daripada matlamat asal.
Beliau memberi contoh berdasarkan laporan yang diterima daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat sebuah agensi yang sepatutnya menolong orang miskin, sebaliknya menubuhkan 79 anak syarikat yang tiada kena mengena dengan tujuan asal penubuhannya.
“Daripada 79 anak syarikat ini, lebih 50 mengikut laporan Datuk Seri Ahmad Zahid, yang buat kajian, (laporan) sampai kepada beliau, mengalami kerugian tetapi pengerusi lembaga dapat elaun tetap.
“Jadi maknanya kalau pengerusi lembaga dapat elaun RM5,000 atau RM1,000, semua 79 syarikat juga dipengerusikan beliau (pengerusi lembaga) akhirnya dia dapat RM79,000 sebulan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini hari ini.
Perdana Menteri yang meluahkan rasa hairan mengapa perkara itu berlaku berkata, ada pihak yang mengatakan ia berlaku kerana pengerusi lembaga syarikat itu dilantik dari kalangan ahli politik, bagaimanapun katanya pelanggaran tatakelola boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
“Tidak benar, kerana yang profesional pun begitu juga, dia boleh jadi professional cheaters, ini kaedah dan tatakelola, ada penjawat awam yang melanggar tatakeola, ada orang politik juga sama, ada juga pengurusan.
“Kita lantik – baik orang politik, pengurus profesional atau penjawat awam, asalkan dia ikut peraturan dan dipantau lebih teliti terutamanya oleh wakil Kementerian Kewangan dan Ketua Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya
Sehubungan itu beliau mahu supaya SPRM serta Ketua Audit Negara lebih tegas dan “menerobos” secara menyeluruh ke semua agensi dan badan berkanun persekutuan bagi mengelak berlakunya pelanggaran tatakelola dan rasuah.
Beliau berkata kerajaan juga akan mengkaji untuk memberi tambahan peruntukan bagi memperluas mekanisme pemantauan audit, mencakupi semua peringkat iaitu persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Perdana Menteri berkata langkah itu bagi memastikan operasi agensi atau badan berkanun pada masa depan lebih telus serta mengelak daripada berlakunya rasuah dan tindakan mengaut keuntungan semata-mata.
“Agensi-agensi ini penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi, terutama pada peringkat awal untuk bantu Bumiputera, tetapi pelanggaran peraturan dan kecenderungan untuk mengaut keuntungan berlebihan menyebabkan hak dan kepentingan Bumiputera dikhianati, ini kita bimbang,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP), iaitu instrumen dan rangka ekosistem tatakelola berkaitan BBP.
Ia antara lain turut memberi penekanan kepada pemerkasaan peranan Audit Dalam secara menyeluruh di peringkat BBP, termasuk syarikat dan perbadanan di bawah BBP.
Turut hadir pada program itu adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Hadir sama adalah Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azman Ibrahim. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests