CADANGAN PIAGAM HARMONI MALAYSIA DIBAWA KE KABINET DALAM MASA TERDEKAT
BANGI: Cadangan Piagam Harmoni Malaysia akan dibawa dan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar (tengah) menjawab pertanyaan media selepas Majlis Perhimpunan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Institut Latihan Islam Malaysia hari ini. – Bernama
BANGI: Cadangan Piagam Harmoni Malaysia akan dibawa dan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im berkata langkah seterusnya ialah membentangkan piagam itu di Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.
“Semalam kita sudah bawa usul Piagam Harmoni Malaysia dalam Jawatankuasa HARMONI (Keharmonian Antara Penganut Agama) yang saya dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang pengerusikan secara bersama.
“Usul ini telah diterima sebulat suara dan insya-Allah akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dapatkan keputusan dasar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan dan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata piagam berkenaan diwujudkan secara bersama antara ilmuwan Islam dan agama lain di negara ini yang bertujuan memastikan semua rakyat berbilang kaum saling menghormati serta menjalani kehidupan secara harmoni.
“Dengan cara ini kita akan dapat membina kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Ia juga dibangunkan untuk menyokong Rukun Negara.
“Dalam kita membangunkan piagam ini, semua pakar kita panggil. Pakar dalam agama Islam dan agama lain untuk memberikan pandangan dan input,” katanya.
Semalam, media melaporkan Piagam Harmoni Malaysia sebagai medium perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa HARMONI.
Piagam itu merangkumi enam prinsip, 12 nilai keharmonian, 32 panduan dan sembilan hala tuju yang bertujuan memperkasakan hubungan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kegiatan mempromosi agama Kristian di hadapan sebuah surau berdekatan bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka pada bulan lepas.
“Saya difahamkan laporan polis telah dibuat jadi saya rasa elok kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya sambil menambah JAKIM tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat unsur perbuatan mencemari kesucian agama Islam.
Bulan lepas, tular video berdurasi 16 saat memaparkan sekumpulan individu menjalankan aktiviti mempromosi Free Bible Course’s di hadapan Surau Warisan, di Melaka yang menjadi kawasan tumpuan pelancong. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager