Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI GAZA MENINGKAT 300 PERATUS – UNRWA

DUNIA

KES MALNUTRISI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK DI GAZA MENINGKAT 300 PERATUS – UNRWA

UNRWA memetik data daripada Kluster Pemakanan Global dan Pengelasan Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) dengan menyatakan bahawa 96 peratus penduduk Gaza menghadapi tahap kelaparan yang dahsyat.

Gambar fail (AFP)

BAITULMAQDIS: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis melaporkan bahawa kes malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak di utara Gaza meningkat lebih 300 peratus pada  Julai berbanding Mei.

UNRWA memetik data daripada Kluster Pemakanan Global dan Pengelasan Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) dengan menyatakan bahawa 96 peratus penduduk Gaza menghadapi tahap kelaparan yang dahsyat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA menggesa negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan bantuan ke wilayah Gaza dan menyeru agar gencatan senjata segera dilaksanakan bagi meringankan krisis kemanusiaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading