PM ANWAR TIDAK PERNAH KELUAR KENYATAAN KERAJAAN MALAYSIA PRO ISRAEL – SAKSI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia pro kepada Israel, sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia pro kepada Israel, sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
Bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar Datuk Zahairi Baharim memaklumkan perkara itu merujuk kepada penyata rasmi Dewan Rakyat (Hansard) bertarikh 16 Okt 2023, iaitu penerangan daripada Anwar menyatakan ketegasan kerajaan Malaysia terhadap kezaliman, penindasan dan pemerasan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
“Isu Palestin dikendalikan oleh Kementerian Luar dan kementerian berkenaan akan menyediakan jawapan bersama pasukan dan diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri.
“Kami di Kementerian Luar diminta untuk memberikan penerangan berkenaan situasi di Gaza di Pejabat Perdana Menteri pada 9 pagi sebelum Perdana Menteri pergi ke Parlimen dan saya hadir semasa penerangan itu,” katanya yang kini memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam, pada perbicaraan kes Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan kata-kata menghasut bahawa kerajaan pro kepada Israel dan barat di laman Facebook Halid Hamidi (Halid Mat Kool), dan ia dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang di sini pada 1 tengah hari 8 Nov 2023.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung 18 Okt. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked