Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM BERI AMARAN TERAKHIR KEPADA PIHAK MAIN ISU 3R

DALAM NEGARA

PM BERI AMARAN TERAKHIR KEPADA PIHAK MAIN ISU 3R

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecah-belahkan negara.

Sumber Gambar: PMO

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecah-belahkan negara.

Beliau berkata pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia.

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku Perdana Menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar.

“Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini.

Anwar berkata negara tidak akan kekal stabil sekiranya perkara tersebut dibiar dilakukan oleh pihak yang terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk mempertahan kuasa atau mencari pengaruh baharu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading