Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (dua, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan). – BERNAMA
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggariskan nilai-nilai hidup – rajin, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab – yang perlu diterapkan penjawat awam untuk membentuk negara yang berjaya dan dihormati dunia.
Dalam perjumpaan bulanannya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di
sini hari ini, Dr Mahathir berkata nilai-nilai itu penting bagi penjawat
awam yang berada dalam kerajaan sebagai satu jentera yang
dipertanggungjawabkan mentadbir negara dengan baik dan telus.
“Apabila kita bekerja cukup rajin, ikhlas dan amanah, kalau itu adalah pegangan kita, kita akan berjaya. Sebaliknya, apabila diberi tanggungjawab, kita abaikan tanggungjawab, tidak bekerja kuat, terlibat dalam rasuah, maka negara tidak mungkin berjaya,” katanya.
Dr Mahathir yang turut menyentuh mengenai lagu “Malaysia Bersih” yang kali pertama dinyanyikan pada perjumpaan itu, berkata lagu itu penuh bermakna dan kandungannya wajar diberi perhatian penjawat awam dalam menumpukan usaha kepada pembangunan negara.
Dr Mahathir berkata beliau yakin negara akan terus maju dan berjaya kerana ia ditadbir dengan baik.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengingatkan penjawat awam agar tidak menyalah gunakan kuasa kerana setiap daripada mereka mempunyai kuasa walaupun hanya bertugas sebagai budak pejabat.
Beliau mengimbas kisah pada zaman penjajahan British mengenai seorang budak pejabat yang bertugas dengan seorang majistret yang terlibat dengan rasuah.
“Dia boleh tentukan sama ada majistret lapang atau tidak untuk berjumpa dengan orang. Itu kuasa yang kecil tetapi dengan kuasa itu sahaja dia boleh dapat duit, dia ada kongsi sedikit dengan majistret.
Ini tidak harus dilakukan oleh kita. Walaupun kuasa itu kecil, kita sudah mula salah gunakan kuasa dan itu bukanlah sesuatu yang dialu-alukan oleh kita,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests