Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BUKA KERTAS SIASATAN KES TIKAM DI HOSPITAL SELAYANG

DALAM NEGARA

POLIS BUKA KERTAS SIASATAN KES TIKAM DI HOSPITAL SELAYANG

Seorang saksi melihat mangsa terduduk di lantai di zon kuning hospital berkenaan selepas suspek yang berusia 22 tahun itu menikam di bahagian pinggang sebelah kanan menggunakan pisau pada 3.45 petang semalam.

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pesakit mental yang dipercayai menikam seorang pesakit lelaki di Hospital Selayang.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi berkata seorang saksi melihat mangsa terduduk di lantai di zon kuning hospital berkenaan selepas suspek yang berusia 22 tahun itu menikam di bahagian pinggang sebelah kanan menggunakan pisau pada 3.45 petang semalam.

“Keadaan mangsa stabil setelah menjalani pembedahan dan akibat daripada serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan serta di bahagian belakang badan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang dan punca suspek bertindak menyerang mangsa masih belum diketahui.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading