Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BUKA KERTAS SIASATAN PELAJAR AKSI TIDAK SENONOH DALAM PERPUSTAKAAN UNIVERSITI

DALAM NEGARA

POLIS BUKA KERTAS SIASATAN PELAJAR AKSI TIDAK SENONOH DALAM PERPUSTAKAAN UNIVERSITI

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan mengenai dua video tular itu telah dibuat oleh orang awam malam semalam.

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung seorang lelaki dipercayai penuntut sebuah universiti swasta yang melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan universiti berkenaan, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan mengenai dua video tular itu telah dibuat oleh orang awam malam semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati rakaman video memaparkan seorang lelaki, disyaki pelajar, melakukan perbuatan tidak senonoh di perpustakaan sambil menonton video di komputer ribanya.

“Keterangan suspek masih belum dirakam. Kita akan meminta pihak keluarga untuk membawa suspek bagi tujuan merakam keterangannya pada minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” tambahnya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Insp. T. Vanitha di talian 017-2229832 atau 03-78627222, atau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading