Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KENAL PASTI KELUARGA REMAJA 14 TAHUN PANDU KERETA BAWA DUA ADIK

DALAM NEGARA

POLIS KENAL PASTI KELUARGA REMAJA 14 TAHUN PANDU KERETA BAWA DUA ADIK

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti keluarga seorang remaja berusia 14 tahun yang memandu kereta dan membawa dua kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan dipercayai di Sepang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN – KANAK-KANAK 12 TAHUN PANDU KERETA: POLIS AMBIL KETERANGAN BAPA

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen.

Hari ini tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja didakwa berusia 14 tahun dan turut dinaiki dua kanak-kanak dipercayai adiknya.

Menerusi rakaman itu, kereta dipandu remaja terbabit agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.

Wanita berkenaan, yang mendakwa remaja terbabit sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan tersebut, berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: KANAK-KANAK 12 TAHUN PANDU KERETA: POLIS AMBIL KETERANGAN BAPA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading