POLIS MASIH BELUM KENAL PASTI MOTIF KES SIMBAH ASID FAISAL HALIM
Polis masih belum dapat mengenal pasti motif kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC dan Harimau Malaya Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya bulan lepas.
KUALA LUMPUR: Polis masih belum dapat mengenal pasti motif kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC dan Harimau Malaya Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya bulan lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan kes berkenaan giat dijalankan dan tidak akan berhenti sehingga pelaku dapat diberkas.
Beliau berkata polis kini sedang memperluaskan skop siasatan dan telah memasuki fasa kedua.
“Cap jari dan foto-fit suspek tidak banyak membantu siasatan. Polis juga menghadapi kekangan berikutan tiada saksi awam menyaksikan kejadian berkenaan.
“Setakat ini polis hanya dapat kenal pasti corak serangan tetapi masih belum dapat establish motive serangan ini dan beberapa kejadian membabitkan pemain bola sepak yang lain,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah mengambil keterangan beberapa individu di pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan akan mengadakan perjumpaan dengan Faisal Halim dalam masa terdekat.
Mengenai kenyataan Faisal Halim yang memberitahu kali terakhir beliau dihubungi polis adalah pada minggu pertama kejadian, Mohd Shuhaily berkata pihaknya akan menghubungi Polis Selangor untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.
Semalam, Faisal Halim membuat penampilan kali pertama di hadapan khalayak umum kerana enggan berselindung dan ingin menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.
Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.
Seterusnya pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di sini selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager