Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS RAKAM KETERANGAN PENGAWAL KESELAMATAN LEPASKAN TEMBAKAN DI BANTING

DALAM NEGARA

POLIS RAKAM KETERANGAN PENGAWAL KESELAMATAN LEPASKAN TEMBAKAN DI BANTING

Polis merakam keterangan pengawal keselamatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, semalam.

SHAH ALAM: Polis merakam keterangan pengawal keselamatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian pengawal berkenaan sedang bertugas di Hospital Banting yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Setakat ini polis tidak menahan pengawal keselamatan terbabit dan hanya merakam keterangan berhubung kejadian berkenaan.

“Lelaki warga tempatan yang ditembak dalam kejadian pada petang 19 April itu pula mengalami patah tulang kaki kanan dipercayai akibat terkena tembakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960. 

Semalam, tular di laman sosial video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mengamuk mengacukan parang ke arah beberapa petugas kesihatan sebelum pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan menggunakan senapang patah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading