Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT PENYEBARAN GAMBAR DIDAKWA BAHAN BUKTI KES ZAYN RAYYAN

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT PENYEBARAN GAMBAR DIDAKWA BAHAN BUKTI KES ZAYN RAYYAN

Orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana perbuatan ini mengganggu siasatan serta proses pendakwaan di mahkamah.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis giat melakukan siasatan mengenai penularan gambar kecederaan pada mayat yang didakwa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi aplikasi Telegram sejak semalam. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972. 

“Orang ramai diminta tidak berkongsi sebarang kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana perbuatan ini mengganggu siasatan serta proses pendakwaan di mahkamah.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu didapati berkongsi kandungan berkenaan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata laporan berkaitan penularan gambar berkenaan dibuat pegawai kanan polis pada 12.15 tengah hari ini. 

Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak itu menerusi aplikasi sama.

Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Apartmen Idaman Damansara Damai pada 10 malam, sehari selepas dilaporkan hilang.

Pada 13 Jun, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading