Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 84 wanita warga asing yang berkhidmat sebagai pelayan pelanggan atau GRO di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Ahad lepas.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 84 wanita warga asing yang berkhidmat sebagai pelayan pelanggan atau GRO di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Bukit Bintang di sini, Ahad lepas.
Kesemua wanita yang ditahan dalam serbuan oleh Unit Pencegahan Maksiat, Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 1.10 pagi itu berumur lingkungan 18 hingga 46 tahun.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata turut ditahan sembilan individu terdiri daripada pengurus premis, penjaga kaunter dan pekerja lain yang berusia lingkungan 31 hingga 45 tahun.
Beliau berkata polis juga melakukan pemeriksaan terhadap 22 GRO warga tempatan, 46 pekerja serta 336 pelanggan dan daripada jumlah itu enam pelanggan disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.
“Pada serbuan itu, polis turut merampas antaranya resit jualan, resit pekerja GRO, minuman keras, satu unit telefon bimbit, dua unit perakam video, dua unit mikrofon dan wang tunai RM14,862,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Razarudin berkata kesemua yang ditahan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata pusat hiburan berkenaan berkonsepkan pusat karaoke atau KTV yang menyediakan sebanyak 17 bilik karaoke mengikut pakej bayaran bermula RM3,800 hingga RM25,000 serta menyediakan GRO warga asing dan tempatan atas permintaan.
“Premis yang beroperasi pada 8 malam sehingga 6 pagi setiap hari itu didapati menyalahgunakan lesen restoran yang dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.
Razarudin berkata tindakan tegas akan diambil jika masih terdapat pengusaha pusat hiburan yang menjalankan aktiviti terlarang seperti menggajikan GRO warga asing, persundalan dan penjualan/penggunaan dadah dalam premis itu.
Beliau berkata PDRM akan melakukan pemantauan ke atas pusat-pusat hiburan bagi mengelakkan sebarang kegiatan terlarang selain memastikan ketenteraman awam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked