Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI PANDU KERETA LAWAN ARUS

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI PANDU KERETA LAWAN ARUS

Polis mengesan video berdurasi 30 saat di media sosial yang menunjukkan kereta dipandu lelaki berusia 46 tahun tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

BATU PAHAT: Seorang lelaki ditahan polis akibat memandu dalam keadaan berbahaya dengan melawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang, 6 Julai lalu.

Katanya pada hari kejadian, polis mengesan video berdurasi 30 saat di media sosial yang menunjukkan kereta dipandu lelaki berusia 46 tahun tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Bertindak melalui siasatan polis termasuk berdasarkan kamera papan pemuka (dashcam), suspek dikesan sepasukan anggota dari Bahagian Sisatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat pada jam 3 petang keesokan hari.

“Suspek kemudian berjaya ditahan di perkarangan BSPTD Batu Pahat dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bagi menjalani ujian saringan air kencing.

“Turut ditahan kereta yang dipandunya pada hari kejadian bagi membantu siasatan punca tindakan lelaki terbabit memandu melawan arus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Siasatan awal termasuk saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif sebarang bahan terlarang, katanya.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan orang lain.

“Kita menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka dengan mematuhi isyarat dan peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua terjamin,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading