Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN WANITA SIMBAH AIR PANAS TERHADAP LELAKI SINDROM DOWN

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN WANITA SIMBAH AIR PANAS TERHADAP LELAKI SINDROM DOWN

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan di bawah pangsapuri berkenaan pada jam 9.12 malam.

KUALA LUMPUR: Suspek yang bertindak menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom down hingga melecur, di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali, Georgetown, semalam berjaya ditahan malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – LELAKI SINDROM DOWN MELECUR DISIMBAH AIR PANAS DALAM LIF

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain berkata, wanita berusia 39 tahun itu ditahan di bawah pangsapuri berkenaan pada jam 9.12 malam.

“Polis menahan wanita itu ketika mahu pulang ke rumahnya. Kita turut merampas beg tangan dan bekas air yang disyaki digunakan oleh suspek dalam kejadian.

“Suspek dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Semalam, seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di Georgetown.

Pegawai perubatan mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LELAKI SINDROM DOWN MELECUR DISIMBAH AIR PANAS DALAM LIF – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading