POLIS TUMPASKAN SINDIKET EDAR DADAH BERNILAI RM13.8 JUTA, ENAM LELAKI DITAHAN
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine dan ketamin yang bernilai RM13.8 juta menerusi dua siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Perak pada 1 Sept lepas.
PETALING JAYA: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine dan ketamin yang bernilai RM13.8 juta menerusi dua siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Perak pada 1 Dis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata serbuan turut menyaksikan penahanan enam lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun termasuk seorang bekas anggota polis.
“Serbuan pertama dijalankan di kawasan parkir tingkat bawah (basement) sebuah pasar raya di Petaling Jaya yang dijadikan lokasi transaksi pengedaran dan pemeriksaan dijalankan ke atas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dan dua kereta Perodua Myvi.
“Dalam serbuan tersebut, polis menahan lima suspek dan merampas 263 bungkusan plastik disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 273 kilogram (kg) dan 98 bungkusan plastik disyaki ketamin seberat 101 kg,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, serbuan kedua dilakukan di pekarangan sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai, Perak yang membawa kepada penangkapan suspek keenam yang berperanan sebagai peninjau, namun tiada barang salah ditemukan dalam kenderaan miliknya.
“Siasatan mendapati bekalan dadah tersebut dibawa masuk dari negara jiran di sebelah utara melalui Perlis menggunakan “laluan tikus” yang boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
“Bekalan itu kemudiannya dibawa ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan dan jumlah rampasan dianggarkan mampu menampung kegunaan seramai 1.7 juta penagih,” katanya.
Hussein berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan kedua positif dadah jenis ganja, manakala suspek ketiga dan keempat positif methamphetamine.
“Semakan rekod jenayah mendapati suspek kedua hingga keenam mempunyai rekod lampau, termasuk suspek keempat yang mempunyai 12 rekod kes dadah dan empat kes jenayah,” katanya.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa lepas hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, selain dadah, polis turut menyita aset sindiket bernilai RM140,000 yang terdiri daripada dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan utiliti sukan.
Polis menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang menjadi musuh nombor satu negara, katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.