POLITIK: PDRM AMBIL TINDAKAN TEGAS JIKA ADA HASUTAN, GUGAT KETENTERAMAN AWAM

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas jika ada pihak yang menimbulkan hasutan serta menggugat ketentaraan awam ekoran situasi semasa politik negara.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, orang ramai diminta untuk tidak gusar dan membuat sebarang spekulasi berkaitan situasi yang berlaku kini.

“PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM juga sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak menggunakan apa jua medium yang boleh menimbulkan hasutan dan menggugat ketenteraan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementar itu, orang ramai turut diminta agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian, sebagai usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19.–AlHijrah Online

Leave a Reply