Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN BARU PERLU DIBENTUK SEGERA, DUA BULAN HADAPAN TEMPOH PENTING CAPAI IMUNITI KELOMPOK

DALAM NEGARA

KERAJAAN BARU PERLU DIBENTUK SEGERA, DUA BULAN HADAPAN TEMPOH PENTING CAPAI IMUNITI KELOMPOK

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya pentadbiran negara ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa.

Beliau yang meletak jawatan sebagai perdana menteri hari ini berkata, perkara itu penting kerana negara sedang menuju untuk mencapai imuniti kelompok.

“Tempoh dua bulan ke hadapan ini adalah amat penting kerana kita dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober.

“Segala perancangan yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor-sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

“Justeru, momentum pelaksanaan program vaksinasi tidak boleh terganggu. Rekod kita mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia mesti dikekalkan,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Tegas beliau penduduk negara ini tidak perlu bimbang kerana kabinetnya telah menempah lebih 87 juta dos vaksin yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 4.36 bilion.

Jumlah itu katanya cukup untuk semua penduduk di Malaysia. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading