Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Presiden Algeria mohon rakyat bertenang

DUNIA

Presiden Algeria mohon rakyat bertenang

Bouteflika dikecam rakyat kerana keputusannya untuk bertanding pada pilihanraya – Foto Sinar Harian

ALGERIA, 8 Mac – Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika menggesa rakyat berwaspada dengan pihak dalam dan luar negara yang cuba memporak perandakan negara Afrika Utara itu.

Bouteflika yang berdepan kemarahan rakyat susulan keputusan untuk menyertai pilihan raya umum April depan, mengingatkan rakyat agar tidak membiarkan tunjuk perasaan dimanipulasi pihak asing lalu mencetuskan perang saudara.

“Rakyat harus berhati-hati dengan cubaan sesetengah pihak mencetuskan kekecohan menerusi tunjuk perasaan yang diadakan,” tulis Bouteflika dalam sepucuk surat.

Protes besar- besaran diadakan rakyat sejak 22 Februari lalu bertujuan menentang hasrat Bouteflika untuk menyertai pilihan raya umum 18 April depan dan meneruskan penggal perkhidmatan untuk lima tahun lagi.

Sekiranya dipilih sekali lagi, Bouteflika berjanji akan mengarahkan referendum untuk perlembagaan baharu dan mengadakan pilihan raya awal di mana beliau tidak akan bertanding.

Sinar Harian memetik laporan Press Tv menyebutkan pemimpin berusia 82 tahun itu, jarang kelihatan di khalayak umum sejak diserang strok pada 2013 dan kini dipercayai berada di Switzerland bagi menjalani ‘pemeriksaan kesihatan rutin’.

Dalam pada itu, menjelang tarikh akhir memuktamadkan calon akhir pilihan raya pada 14 Mac depan, hampir 1000 peguam negara itu mengadakan protes menentang pencalonan Bouteflika dengan alasan faktor kesihatan tidak melayakkan beliau menjadi presiden.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading