PRESIDEN MAHMOUD ABBAS TOLAK SERUAN PEMINDAHAN PENDUDUK PALESTIN DARI TANAH AIR
Abbas menegaskan bahawa “seruan untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka dan memaksa mereka berpindah hanyalah taktik mengalihkan perhatian daripada jenayah perang, genosid dan kemusnahan di Gaza, serta jenayah peluasan penempatan dan cubaan merampas Tebing Barat.”
ISTANBUL: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
“Sesiapa yang berfikir boleh memaksakan ‘Tawaran Abad Ini’ yang baharu atau memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka adalah tertipu,” katanya pada Sidang Kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-38 di Addis Ababa, Ethiopia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Abbas menegaskan bahawa “seruan untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka dan memaksa mereka berpindah hanyalah taktik mengalihkan perhatian daripada jenayah perang, genosid dan kemusnahan di Gaza, serta jenayah peluasan penempatan dan cubaan merampas Tebing Barat.”
“Satu-satunya tempat bagi 1.5 juta pelarian yang tinggal di Gaza untuk kembali adalah ke bandar dan kampung mereka yang asal, dari mana mereka diusir pada 1948, selaras dengan Resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa “amalan kolonial Israel memerlukan tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB (Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu) bagi menghalang kebangkitan kuasa ekstremis yang mahu menamatkan penyelesaian dua negara.”
Abbas turut menyeru sokongan terhadap “persidangan keamanan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di PBB pada pertengahan Jun.”
Sidang kemuncak itu bertujuan menggerakkan usaha antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan global terhadap negara Palestin, memperoleh keahlian penuh PBB, dan melaksanakan penyelesaian dua negara berdasarkan undang-undang antarabangsa, menurut Abbas.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, baru-baru ini mencadangkan “mengambil alih” Gaza dan memindahkan rakyat Palestin ke negara jiran sambil menjadikan wilayah itu sebagai “Riviera Timur Tengah.”
“Tawaran Abad Ini” yang diumumkan Trump pada 2020 sebagai cadangan menyelesaikan konflik Israel-Palestin menerima kecaman meluas dari dunia Arab dan masyarakat antarabangsa.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Jan, sekali gus menghentikan perang genosid Israel yang telah meragut lebih 48,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan wilayah itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests