PRN: BAHAN KEMPEN DILARANG PASANG DI PREMIS, PEPASANGAN ELEKTRIK TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan semua parti politik agar tidak memasang sebarang bentuk bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat utiliti itu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terlibat.
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan semua parti politik agar tidak memasang sebarang bentuk bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik milik syarikat utiliti itu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri terlibat.
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Wan Nazmy Wan Mahmood berkata larangan itu termasuk menampal atau menggantung bahan kempen seperti poster, bendera, gegantung dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.
Katanya aktiviti berbahaya itu juga menyalahi peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) iaitu mengganggu, mencacatkan atau merosakkan pepasangan elektrik.
“Pemasangan bahan kempen tersebut boleh menghalang warga kerja TNB mendapat akses untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Nazmy berkata TNB juga memohon kerjasama semua pihak agar mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah bagi mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.
“Perbuatan ini boleh mengundang bahaya kerana berisiko mengakibatkan renjatan elektrik. Ia juga mungkin menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke premis penting sepanjang proses pilihan raya ini seperti pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat penjumlahan rasmi undi.
“Nasihat kami agar kerja-kerja pengorekan ini ditangguhkan dulu dan jika tidak dapat dielakkan sila hubungi pejabat TNB berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat agar semua prosedur dan tatacara dipatuhi sekali gus mengurangkan risiko gangguan,” katanya.
Wan Nazmy turut mengingatkan orang ramai agar tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawah mana-mana talian penghantaran elektrik termasuk tiang bendera daripada buluh yang boleh menyebabkan renjatan elektrik pada mereka yang berada berhampiran.
Sebagai langkah pencegahan, TNB menerusi rondaan rutin akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan pihak berkuasa untuk menurunkan bahan kempen pilihan raya yang berisiko menimbulkan bahaya dan masalah kepada pengguna.
Orang ramai yang ternampak situasi yang boleh mengancam keselamatan orang lain atau menjejaskan bekalan elektrik diminta segera menghubungi Facebook TNB CareLine atau talian 15454 agar tindakan sewajarnya dapat diambil.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager