PRN: PDRM TERIMA 42 LAPORAN POLIS KAD PENGENALAN DIGUNA ORANG LAIN – KPN
Sebanyak 42 laporan polis telah diterima di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat pukul 6 petang tadi berhubung dakwaan kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain untuk mengundi.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 42 laporan polis telah diterima di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat pukul 6 petang tadi berhubung dakwaan kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain untuk mengundi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan paling banyak diterima di Selangor iaitu 16, diikuti Kedah (sembilan) Pulau Pinang sebanyak (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga), dan Kelantan (satu).
“Kami menjangkakan laporan polis berhubung pemalsuan kad pengenalan akan meningkat selepas tempoh pengundian berakhir 6 petang tadi,” katanya dalam sidang media khas PRN di Bukit Aman di sini malam ini.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.
Katanya polis akan memanggil akan memanggil saksi dan pengadu dalam masa terdekat untuk melengkapkan kertas siasatan.
Razarudin berkata selain itu polis turut menerima enam lagi laporan antaranya melibatkan kes peti undi tidak diikat yang berlaku di Pulau Pinang, individu yang tidak berpuas hati jari telunjuk kanannya dicelup dakwat, mencetak kertas undi palsu dan memakai baju berlambang parti politik dalam pusat mengundi.
“Mengenai kotak undi yang tidak diikat, PDRM menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan susulan,” katanya.
Dalam pada itu Razarudin turut menyifatkan penyokong parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri kali ini amat matang dan ini dapat dilihat apabila sepanjang tempoh berkempen dan mengundi dijalankan tiada sebarang laporan polis berkaitan merusuh, mencederakan serta membakar oleh penyokong parti politik.
“Laporan polis yang diterima hanya melibatkan kesalahan pilihan raya dan bukan jenayah,” katanya.
Razarudin turut mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang bertugas di lapangan sepanjang PRN berlangsung bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan dalam keadaan terjaga.
Sementara itu mengulas mengenai tindakan seorang penyokong parti politik didakwa cuba menceroboh sebuah balai polis di Kelantan, Razarudin berkata kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.
“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standart PDRM turut akan menjalankan siasatan jika terdapat sebarang kesalahan tindak laku anggota polis yang bertugas semasa kejadian,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bermotosikal yang memakai baju tertera bendera sebuah parti politik dikasari beberapa lelaki di hadapan pintu masuk sebuah IPD di sebuah negeri di Pantai Timur. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests