Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRN: PH KEKAL TADBIR PULAU PINANG

DALAM NEGARA

PRN: PH KEKAL TADBIR PULAU PINANG

PH telah memenangi 21 daripada keseluruhan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Pulau Pinang setakat 10.34 malam.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) kekal mentadbir Pulau Pinang apabila memperoleh majoriti melebihi 50 peratus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di sini malam ini memaklumkan PH telah memenangi 21 daripada keseluruhan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di Pulau Pinang setakat 10.34 malam.

Setakat 4 petang, Pulau Pinang merekodkan peratusan keluar mengundi sebanyak 67 peratus.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut dengan memperoleh majoriti 7,116 undi.

Chow, yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan, dilaporkan akan dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang jika PH berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, PH memenangi 37 daripada 40 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading