PRN: RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERSEMANGAT PULANG MENGUNDI
Bekerja di luar negara bukan alasan atau halangan buat warganegara Malaysia untuk pulang menjalankan kewajipan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu serta Kelantan, esok.
KUALA LUMPUR: Bekerja di luar negara bukan alasan atau halangan buat warganegara Malaysia untuk pulang menjalankan kewajipan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu serta Kelantan, esok.
L. Deveeshwaran, 24, yang bertugas sebagai anggota polis bantuan di Singapura berkata rasa cinta yang mendalam dan kesetiaan kepada negara mendorongnya untuk pulang mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal, Pulau Pinang.
“Kecintaan terhadap negara membuatkan saya pulang dari Singapura dan ia adalah tanggungjawab saya sebagai warganegara,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pekerja sebuah syarikat swasta di Qatar Mohd Saidun Mohd Fuzi, 29, berkata kepulangannya pada 7 Ogos lepas adalah sebagai bukti semangat dan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang mahu memilih pemimpin di kawasan DUN Kupang, Kedah.
“Sememangnya tiket mahal iaitu antara RM4,000 hingga RM5,000 bagi perjalanan ulang-alik tetapi apabila memikirkan tanggungjawab sebagai rakyat yang wajib mengundi saya tetap pulang. Semasa PRN ini saya dapat berjumpa ahli keluarga lain yang sama-sama pulang menunaikan kewajipan.
“Suasana sewaktu pilihan raya memang meriah dengan beratur panjang serta berpeluang berjumpa rakan-rakan di pusat mengundi berbanding mengundi secara pos,” katanya yang memilih pulang ke Malaysia pada PRN kali ini.
Dalam pada itu, Mohd Saidun turut memahami sekiranya ada rakyat Malaysia yang tidak pulang kerana kos penerbangan yang mahal.
Sementara itu, seorang juruteknik Shik Hairul Nizam Shik Nor berkata beliau tetap bersemangat untuk pulang mengundi walaupun baru enam bulan bekerja di sebuah syarikat air di Singapura.
“Syarikat saya bekerja memberi kelonggaran untuk pulang mengundi. Saya akan pulang mengundi di DUN Temiang Negeri Sembilan manakala isteri bekerja di Malaysia sebagai seorang penjawat awam,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked