PROJEK LCS: BEKAS PENGARAH URUSAN BNS DIDAKWA PECAH AMANAH RM21 JUTA
Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Panglima Tentera Laut mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Panglima Tentera Laut mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Saya faham, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya.
Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Ramli sebagai pengarah urusan BNS yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited, Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BNS, tingkat 17, Menara Boustead, Jalan Raja Chulan, antara 26 Julai 2010 dan 25 Mac 2011.
Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Ramli dituduh melakukan pecah amanah dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation, The Overseas-Chinese Banking Corporation Limited, Chulia Street, OCBC Centre, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS di lokasi sama antara 19 April 2011 dan 4 Mei 2011.
Dia juga didakwa atas kesalahan serupa dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd, Standard Chartered Bank, 6 Battery Road, Singapura di tempat sama antara 28 Okt 2010 dan 22 Nov 2010.
Ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Ahmad Ramli diikat jamin berjumlah RM500,000 dengan cagaran berbayar RM200,000 untuk semua pertuduhan serta syarat tambahan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 24 Nov untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
Terdahulu, Ahmad Akram mencadangkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin serta cagaran berbayar sebanyak RM200,000 untuk kesemua pertuduhan.
“Jumlah jaminan tersebut telah dipersetujui oleh pihak pembelaan. Pihak pendakwaan juga memohon syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah untuk disimpan,” katanya.
Sementara itu, Wan Shaharuddin memaklumkan kepada mahkamah pihak pendakwaan dan pembelaan telah bersetuju dengan tarikh sebutan pada 24 Nov ini mengambil kira faktor jumlah dokumen yang banyak dan perlu diteliti oleh kedua-dua pihak.
“Saya juga dimaklumkan ada kemungkinan pihak pembelaan akan menghantar satu surat representasi berkenaan kes ini kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Mohd Yusof mengesahkan pihaknya akan menghantar satu surat representasi bagi menyemak semula pertuduhan terhadap anak guamnya.
Sementara itu, Ahmad Ramli selesai membayar wang jaminan dengan cagaran RM200,000 yang diperintahkan mahkamah sebelum beredar dari mahkamah pada 11.30 pagi.
Mohd Yusof ketika ditemui Bernama di perkarangan mahkamah mengesahkan pembayaran itu.
Sementara itu, Wan Shaharuddin ketika dihubungi berkata hanya cagaran RM200,000 perlu dibayar oleh tertuduh manakala baki RM300,000 perlu dibayar sekiranya tertuduh melanggar syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.
Pada 4 Ogos lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada satupun LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu memperuntuk lima daripada enam kapal tersebut seharusnya disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022.
Pada 11 Ogos Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan LCS.
Menurut sumber, ada lagi individu akan dituduh di mahkamah berkaitan kes itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.