Keadaan kereta Honda City yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar semalam. –fotoBERNAMA
TAIPING: Pasukan forensik sedang menggunakan rekod pergigian, bagi mengesahkan identiti tiga lagi mayat pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung, dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata rekod pergigian itu digunakan pihak forensik di Hospital Taiping, berikutan keadaan mayat yang sukar dikenal pasti bagi proses pengecaman.
“Proses pengecaman mayat ketiga-tiga pelajar itu sukar dilakukan seperti biasa dan memerlukan bukti forensik bagi mengenal pasti identiti mereka.
“Oleh itu, waris setiap keluarga telah memberikan sampel untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dihantar ke Jabatan Kimia di Cheras untuk dianalisis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun pihak hospital sedang berusaha dengan cuba menggunakan rekod pergigian untuk membuat perbandingan dengan gigi mayat.
“Sekiranya terdapat persamaan, maka identiti mereka boleh dikenal pasti namun sekiranya tidak berjaya, kita terpaksa gunakan kaedah DNA juga,” katanya.
Katanya proses bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa telah selesai dan kini dalam proses menunggu pengesahan rekod pergigian, sebelum jenazah boleh dibawa pulang oleh keluarga bagi urusan pengkebumian.
Pada tengah malam Rabu, dua daripada lima pelajar USAS yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga menerusi proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar.
Dua jenazah yang dapat dicamkan itu ialah Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang beralamat di Parit Buntar, Perak dan dipercayai duduk di bahagian penumpang belakang serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu yang duduk di tempat penumpang hadapan.
Tiga lagi dipercayai adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang dan jenazah mereka dihantar ke Hospital Taiping bagi proses bedah siasat yang selanjutnya hari ini. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager