Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRU-15: SELANGOR BERI CUTI UMUM 18 NOV

DALAM NEGARA

PRU-15: SELANGOR BERI CUTI UMUM 18 NOV

Kerajaan Selangor memutuskan untuk memberikan cuti umum sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Jumaat 18 Nov.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memutuskan untuk memberikan cuti umum sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Jumaat 18 Nov.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di seluruh Malaysia sebanyak 3,677,848 orang.

“Ia berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi.

“Terdapat juga jumlah besar warga Malaysia yang bekerja dan bermastautin di negeri Selangor tetapi mengundi di kampung halaman mereka bertempat di negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat memberikan pelepasan sama kepada seluruh rakyat Malaysia agar rakyat dapat menunaikan tanggungjawab mengundi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading