RAKAMAN VIDEO SITI BAINUN LAYAN SAKSI DIDAKWA SEPERTI ‘HAMBA ABDI’ DITAYANG DI MAHKAMAH
Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan beberapa rakaman video yang memaparkan layanan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap penghuninya yang didakwa layanan seperti ‘hamba abdi’.
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd Razali (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapinya melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditunjukkan beberapa rakaman video yang memaparkan layanan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap penghuninya yang didakwa layanan seperti ‘hamba abdi’.
Antara rakaman tersebut adalah sambutan hari lahir Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang ketika itu penghuni di rumah tersebut, video Yasmin bercuti bersama Siti Bainun di sebuah hotel dan sambutan Hari Raya.
Pada prosiding terdahulu, Yasmin, saksi pendakwaan kelima, berkata dia telah dilayan seperti hamba abdi oleh Siti Bainun ketika menetap di rumah perlindungan itu.
Menjawab pertanyaan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang merujuk video tersebut, adakah ia dikatakan layanan hamba abdi yang diberikan Siti Bainun dan Yasmin menjawab: Ya.
Saksi tersebut berkata demikian ketika disoal balas peguam mewakili Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella berusia 13 tahun.
Merujuk kepada rakaman video sewaktu sambutan Hari Raya pada 22 Mei 2021, saksi itu berkata Bella yang paling lama memeluk Siti Bainun.
Nur A’minahtul Mardiah: Bella peluk pendera dia paling lama dan kuat.
Yasmin: Ya.
Nur A’minahtul Mardiah: Jadi Bella tak takutlah kepada penderanya?
Yasmin: Ya.
Pada prosiding hari ini juga, pihak pembelaan menyenaraikan 10 keterangan Yasmin yang dikatakan penipuan semata-mata.
Antara keterangan itu adalah mengenai keadaan Bella yang dikatakan asyik terjatuh apabila berjalan kerana kakinya lemah selepas sering didera (rakaman video menunjukkan Bella mampu berjalan seperti biasa) dan dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah (Yasmin berada di Rumah Perlindungan Jitra, Kedah ketika kejadian kononnya berlaku).
Yasmin bagaimanapun menafikan bahawa keterangan yang diberikan adalah palsu.
Terdahulu kepada soalan peguam Asiah Abdul Jalil, Yasmin berkata Siti Bainun telah mengarahkannya menyapu ubat pada luka di tubuh Bella dan ubat itu dibeli sendiri oleh tertuduh.
Saksi itu bersetuju dengan gambar ubat yang digunakan pada Bella antaranya pelembab aloe vera, ubat kuning, penyembur luka, cecair pembasmi kuman dan pembalut luka.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung Rabu depan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked